Wednesday, October 17, 2007

Raya mood..

ai..

still in raya mood..currently @ Starbuck Giant Mall, Kelana Jaya...im trying to put a spark @ my blog nih. so, after this will be hectic days as aku akan menjalani modul luar dalam kursus DPA. Bermula dengan Modul BTN, OBS n BOMBA after that...huhuhu...

nothing much nak citer, just tgh update new info. anyhow, will upload raya pix later...hehehe...bubye buddies...(bestnya, ada orang tuh nak fly this coming Saturday...huhuhu...dun forget a goodies frm San Francisco heh!)

Cheers!!

Thursday, October 4, 2007

...Waiting for Hari Raya....

Aku nak masukkan gambar nih kat bawah sbnarnya...hahahaha...tersalah post lak.. neway, still @ intan, kiara..nak balik ghumah la nih...tggu hubby amik. Sempat lagik nak update blog aku nih. Baru lepas menonton citer 'October Sky-based on a true story'..inspired giler nih..

Just drop by kejap jer, bored la kat intan nih..sumer org dah balik...after this im goin to Masjid India for window shopping sempena Raya Celebration next week...bestnya, tak sabar nak balik raya la..nak jumpa nenda tercinta...k, chiow...i miss u my dear...lamanya tak jumpa ni...rindu bangat!!! air dah naik kepala la...haha

SaLam Lebaran

..Askum..

Tinggal a few days lagi nak sambut Hari Raya. Tapi aku tak rasa sangat la..mostly because aku berada jauh dari family..then, mungkin suasana sebelum raya tuh tak berapa meriah macam budak2 dulu..la ni dah kena bagi duit kat orang...dulu..aku la orang paling kaya since pakcik2 aku rajin menghuluq, kata depa aku nih anak sedara kesayangan..huhuhu..tapi mmg betoi pun, aku sendiri rasa kemeriahan raya tuh. Paling best is bila pagi raya, kitorang duduk reramai salam opahda dan atukda...hahahahaha...saat paling best..

Dalam sedar tak sedar, dah 27 thn umur aku. dari umur 5 tahun adalah raya terakhir aku bersama mama tersayang. sejak itu aku tak pernah punya seorang ibu yang boleh aku panggil 'mama'. Abah telah berkahwin lain pada tahun yang sama, dan dalam sekelip mata aku punya emak lain..mmg terasa kelainannya...beza sungguh dari ibu sebenar..biar hanya sekejap merasa kasih sayang mama, tapi aku masih ingat segala kenangan ketika bersama mama...i miss u so much mama...Al-Fatihah..

Tahun ini juga merupakan tahun pertama Hari Raya tanpa atuk tercinta. Sedih rasanya..Tapi Allah lebih menyayanginya. Ingat lagi tahun lepas, aku baru jer beli keta myvi hitam berplat no WPN 8980...(sempena bday gue!)..atuk la orang pertama yg bangga dgn keta aku yg tak seberapa tuh..Siap dia bawak satu kampung, canang tuh keta cucu kesayangannya, Awien!!
Die la orang yg mengajar aku cara2 mengendalikan kereta..yer la..tau ker korang yg kat luar tuh cara nak chk minyak itam, mnyk brek, bukak tayar n etc? Fuh emo lak aku...

Tapi tu semua kenangan yg mmg tak dapat aku lupakan.. mana taknya, atuk sakit mmg dah lama, tapi tak kronik sbb die tak pernah ada sakit since muda.. Tapi mmg benar...jodoh pertemuan, ajal dan maut tuh mmg tak dapat kita tentukan..Lepas waktu zohor, 2 mggu lepas raya aku mendapat panggilan telefon dari maktih... suara yang serak2 basah di corong telefonku membuatkan aku hampir rebah dan tak percaya. Arwah atuk telah menghembuskan nafas terakhir tanpa sesiapa di sisi...sayu mendapat berita. Aku telah bergegas pulang ke Kg. Raban, waktu tuh aku kerja kat Mofaz as HR Exec... Sepanjang 2 jam perjalanan membuatkan segala rasa bercampur-baur dalam minda. Dalam kereta, aku, paksu n ayahda jaja hanya membisu sambil 'menyelusuri' perjalanan yg dirasakan jauh sgt tu... Sampai jer, arwah telah dikafankan dan hanya menunggu sedara mara terdekat untuk menziarahi buat kali terakhir..sayu aku lihat wajah arwah dalam air sembahyang...tapi aku pasrah sbb dalam perjalanan telah banyak air mata ku curahkan..Aku lihat opah begitu tenang menghadapi dugaan Allah.mungkin beliau telah redha dgn ketentuanNya...

TaHUn ini, ramadhan dan Syawal dtg lagi..biarpun kita tak punya insan yg tersayang disisi, tapi Allah itu maha adil dan penyayang. Seorang insan baru telah hadir dalam hidup aku, beliau bergelar suami yg sedikit sebanyak dpt meramaikan majlis dlm keuargaku...biarpun kehadirannya tidak dapat mencari ganti yg telah tiada, tp ia cukup menggembirakan kami sekeluarga...Welcome my dear hubby:)

em, panjangnya coretan aku ni...tapi tuh la kenyataan, hidup mesti diteruskan...cuma yg berbeza hanyalah watak yg melakonkannya...hari ini, aku bersyukur dgn anugerahNya..aku masih dpt hirup udara segar dan yg paling penting, masih ada insan yg menyayangi diri ini..pada org2 yg aku sayangi (opah, maktih & family, paksu, cikman & family, pakngah & family, kawan2 baik, zue especially n my hubby) harapan aku agar kita sama2 dapat merayakan Aidilfitri kali ini bersama2 tidak kira walau di mana kita berada...i lurve u all...always...

Semoga Allah mencucuri rahmat buat arwah mama & atuk, diampunkan dosa, ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman...kejayaan aku hari ini tidak akan bermakna tanpa kalian yg bersusah payah membesarkan aku........Al fatihah.....